Pages

Thursday, May 07, 2009

UKM menjelaskan punca yuran kolej naik


KUALA LUMPUR - Tindakan pihak pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mahu menyelaraskan kadar bayaran yuran untuk semua 13 buah kolej kediamannya merupakan punca yuran asrama beberapa buah kolej terbabit akan naik.

Penyelarasan yuran itu yang kini masih di peringkat perbincangan bakal menyaksikan kadar yang dikenakan sekarang iaitu di antara RM2.50 sehingga RM5.50 sehari diselaraskan kepada kadar di antara RM3 hingga RM4 sehari.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UKM, Prof. Datuk Dr. Mohamad Abd. Razak berkata, penyelarasan itu tidak dapat dielakkan ekoran kadar bayaran yuran yang berbeza di universiti itu mengikut kolej.

Katanya, penyelarasan yang akan diputuskan Majlis Pengurusan Universiti itu bertujuan untuk memberi keadilan kepada semua pelajar yang membayar yuran kolej mengikut kadar yang berbeza.

"Hasil keputusan itu nanti akan turut melibatkan pandangan daripada pihak Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (MPPUKM).

"Perkara itu (penyelarasan yuran) sememangnya dalam perbincangan namun ia tidak dilakukan dalam masa terdekat ini kerana pihak universiti faham dengan keadaan pelajar lebih-lebih lagi di saat kelembapan ekonomi,'' katanya ketika dihubungi semalam

No comments:

Post a Comment