Pages

Thursday, May 07, 2009

Ulasan wajarnya UKM menaikkan yuran penginapan kolej kediaman?


Dalam gerak hati saya,saya memang kurang bersetuju dalam tindakan universiti menaikan yuran penginapan kolej kediaman.Tetapi sekiranya kita mengkaji balik isu ini,kita akan mendapati ketidakadilan dalam sistem penginapan UKM,makalah adalah wajarnya UKM menaikkan yuran penginapannya sementara cara penyelesaian yang kekal belum dijumpai.


Dua kolej terbesar di UKM iaitu Kolej Pendeta Zaba dan Kolej Keris Mas mempunyai 4707 orang penghuni,28.65% mahasiswa membayar yuran penginapan yang lebih mahal berbanding dengan mahasiswa lain.Hal ini kerana dua kolej tersebut merupakan kolej kediaman swasta maka kadar perkhidmatan mereka adalah berbeza dengan kolej kediaman kerajaaan.
Sebagai contohnya,yuran bilik dua orang di Kolej Tun Hussein Onn adalah RM2.50 per hari manakala yuran bilik yang sama di Kolej Pendeta Zaba adalah RM4.50 per hari.Seorang penghuni Kolej Tun Hussein Onn hanya perlu membayar RM365.00 (146 hari) berbanding dengan penghuni Kolej Pendeta Zaba yang perlu membayar RM657.00(146 hari).


Pebezaan yang hampir RM300.00 ini bukan bermakna penghuni Kolej Pendeta Zaba dan Kolej Keris Mas menikmati perkhidmatan yang luar biasa daripada mahasiswa lain tetapi perkhidmatan yang dinikmati adalah sama.Hal ini menunjukkan 4707 orang mahasiswa daripada 16426 orang mahasiswa menerima layanan yang tidak adil daripada universiti.Unit Perumahan Pelajar(UPP) memilih penghuni kolej masing-masing secara rawak pada permulan kemasukan para pelajar ke UKM.Pendek katanya,sesiapa yang mendapat kolej kediaman yang murah bermaksud dia mempunyai nasib yang baik.


Kenaikan yuran penginapan di sepuluh kolej lain dapat mengurangkan beban pelajar Kolej Pendeta Zaba dan Kolej Keris Mas dan sekaligus menyelaraskan semua yuran penginapan.Maka ketidakadilan tidak akan berlaku lagi.


Namun,para mahasiswa akan merungut dan merana kerana pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Negara (PTPTN)tidak dapat mengikut peredaran semasa atau perkembangan ekonomi Malaysia ekoran daripada kenaikan yuran pengajian dan yuran penginapan.Lagi-lagi para mahasiswa kurang berpuas hati kepada kemudahan kolej yang disediakan atau pendek katanya yuran yang dibayar tidak setaraf dengan perkhidmatannya.


Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia sepatutnya bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi untuk membeli dua kolej swastanya.Selain itu,pejabat Bendahari UKM kena lebih berusaha untuk memperbanyakKan sumber pendapatan UKM.Majlis Pengurusan Universiti serta Majlis Perwakilan Pelajar haruS menyarankan kepada PTPTN supaya mengkaji semula jumlah pinjaman yang ditawarkan sama ada bersesuaian walaupun PTPTN mengalami masalah pembayaran balik pinjaman daripada mahasiswa sebelum ini.


Kesimpulannya,UKM harus berusaha dalam menyelesaikan isu dua kolej secepat mungkin dan menurunkan harg yuran penginapan yang sedia ada kerana beban mahasiswa pun bertambah ekoran kegawatan ekonomi dunia.Para mahasiswa juga harus bertimbang rasa dan bersabar sementara cara penyelesaiannya masih dalam proses.


WONG KIN LUN

No comments:

Post a Comment