Sunday, June 06, 2010

Istiadat Pentauliahan Diraja PALAPES IPTA 2010 USM

Kontijen Universiti Kebangsaan Malaysia telah tiba ke USM pada 30 Mei 2010 dan menetap di Desa Tekun.Untuk makluman semua, kehidupan di sini hampir dikatakan setiap hari sama.

Pada 0450,semua orang sudah bangun untuk mengambil senjata.Lepas itu, 0600, semua akan bersarapan.0630, semua orang sudah siap berbaris di padang kawad.Kawad bermula 0705 dan akan berhenti sementara pada 0950.Selepas itu, 1030, semua orang akan masuk padang kawad semula untuk raptai kali kedua sehingga 1230.Semua orang akan berhenti berehat sehingga jam 1430, selepas itu, raptai kawad atau raptai dewan watikah akan dijalankan sehinggala jam 1630 atau 1730. Pada waktu malam, raptai dewan watikah akan dijalankan dan berakhir pada pukul 0030.

Hari ini merupakan hari ke-lapan di USM,sebab Istiadat Pentauliahan Diraja PALAPES IPTA 2010 diadakan di sana.Kulit semakin gelap sampai sendiri pun susah mengecam muka.Haha, mungkin mengambil masa yang agak lama untuk menjadi terang semula.

Harap-harap selepas 14 Jun 2010,semua akan selesai dan saya akan balik ke UKM untuk meneruskan pelajaran saya.

(*Netbook pegawai saya tiada perisian bahasa mandarin)

No comments:

世界